Resepiayam bali azie kitchen. Nana mencadangkan supaya dibuat ayam goreng rangup yang biasa dia masak di egypt. Sumenye menjadi n sedap. Karang aku berdua dengan husband je makan tak habis pulak kang. Nk try yg ni plak. Kari ayam sedap. Untuk sambal cili pula saya menggunakan resepi yang dikongsi oleh adik saya cik su di sini.
WalmartHankook Kinergy St H735. Resepi chicken wrap azie kitchen. Resepi aglio olio telur ayam, resepi aglio olio telluride, resepi aglio olio telur asin, resepi aglio olio telur masin, resepi aglio olio te. Resepi telur bistik, sangat mudah dan sedap serta menjadi kegemaran anak sulung che nom.
Bagianda yang masih tercari-cari resipi biskut yang enak ini salah satu yang perlu dicuba Resepi mazola azie kitchen Year end clearance sale logo zenfone 3 max 5 5 battery yeezy boost 350 v2 beluga 2 0 on feet xiaomi 70mai jump starter power bank zte axon m price in pakistan zowie ec2 a white edition yeezy boost 350 v2 beluga price yeezy boost
Resepimee kari sedap azie kitchen - Coconut curry laksa a spicy noodles soup dish, paste ingredients, 1 red onion, chopped, 5 cloves garlic, peeled, 3 tbsp paste, 2 stalks lemongrass, inch ginger,. Berikut adalah menyediakan mi yang enak dengan mudah. How to make malaysian curry laksa.
TutorialMemasak Resepi Ayam Golek Sedap Azie Kitchen. Jom layan resepi yang saya salin semula di bawah ini. Saya menyediakan 1 ekor ayam panggang. Resepi di bawah untuk 1/2 ekor ayam. Jadi kita cuma perlu gandakan sahaja bahan bahan yang digunakan. Jangan lupa menonton video berdurasi panjang yang saya sediakan di youtube Azie Kitchen channel
Vay Tiền Trả Góp 24 Tháng. Ramadhan Kareem buat semua pembaca blog Azie Kitchen. Hari ini ialah hari ke4, kita semua berada di Akademi Ramadhan, jadi pastikan kita berjaya hingga ke akhirnya dan menamatkan akademi Ramadhan dengan kejayaan. Hari ini saya ingin berkongsikan resepi Rendang Daging Sedap giler. Melihat tajuk resepi jer dah membuat hati teruja untuk mencuba. Klik blog Baked By Che Ta di SINI. Untuk menghasilkan rendang Asmah Manjalara yang sedap dan tahan lama, disarankan supaya kita hanya menggunakan bahan bahan asli dan segar. Resepi ini yang digunakan untuk mengambil tempahan dan juga pernah tempat pertama dalam pertandingan masakan. Ohh kalau tak teruja lagi dengan keterangan resepi ini tak tahu lah nak kata apa lagi. Serius harum semerbak dapur semasa ianya sedang disediakan. Saya ada jugalah tidak mengikut resepi sedikit sebanyak iaitu menggunakan serbuk ketumbar dan jintan yang telah siap dikisar. Tapi kalau di sangai dan kisar sendiri, pasti lebih lagi lah wanginya. Satu cara nak menghasilkan rendang yang sedap ialah dengan menggunakan bawang yang banyak serta santan yang banyak, terutamanya santan segar. Pasti sedap. Saya suka rendang yang sedikit berkuah dan basah. Jika suka rendang yang sedikit basah, bolehlah ditambah sedikit air, jika ianya terlebih kering. Kuah rendang boleh di adjust adjust dengan menambah air. Kalau suka rendang seperti rendang Minang atau rendang Tok yang lebih kering, ianya dikacau atas api perlahan sehingga ianya menjadi kering dan berwarna gelap. Apa pun pilihan dan kesukaan kita, buat aje kerana kita yang membuatnya kan? Gambar rendang yang sedikit basah seperti di dalam gambar di bawah ini... Jom layan resepi dan petua petuanya yang diberikan Che Ta di bawah resepi ini. Terima kasih banyak banyak kepada Che Ta kerana telah sudi berkongsikan resepi serta memberi pula tips yang sangat berguna untuk menghasilkan rendang yang sedap dan tahan lama. Bolehlah sama sama kita cuba menyediakan rendang ini di bulan Ramadhan sebagai hidangan berbuka atau bersahur dan boleh menyediakannya sekali lagi untuk hidangan di pagi Raya Aidil Fitri nanti. Selamat mencuba.... Rendang Daging Sedap Giler Bahan bahan 1 kg daging 3 cawan cili kisar - guna 6 sudu besar 1 kg santan pekat 4 sudu besar kerisik - guna 1 1/2 pek 2-4 helai daun kunyit-carik Garam, asam jawa dan gula Bahan A 8 ulas bawang merah - saya tambah 1 biji bawang besar sedang 5 ulas bawang putih 2 inci halia Bahan B 2 inci lengkuas muda 7 batang serai - hiris 2 sudu besar ketumbar rata - sangai wangi 1 sudu besar jintan manis - sangai 1 sudu besar jintan putih - sangai Cara cara Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B. Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak. Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk. Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Cara memasak menggunakan periuk Noxxa Tekan butang stir fry dan masukkan minyak. Bila sudah panas masukkan bahan A. Kacau hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Off kan butang stir fry. Masukkan daging, santan, kerisik dan daun kunyit. Untuk sekilo daging santan pekat lebih kurang 1/2 bahagian periuk dan jangan terlalu kurang cecair santan untuk mengelakkan bahagian bawah dasar periuk berkerak. Gaul rata. Tutup periuk dan tekan butang high pressure selama 30-40 minit. Bila sudah cukup masa keluarkan angin dari periuk dan buka tutup periuk. Tekan butang stir fry untuk mengeringkan rendang. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. Suaikan rasa ikut selera. Kacau kacau selalu dan masak hingga kering. Cara lain untuk mengeringkan rendang ialah aku alihkan rendang dari periuk Pressure Cooker ke dalam kuali dan keringkan dalam kuali besar. Lebih mudah untuk mengacau hingga kering. ***Tips. 1 Pastikan bahan bahan yang ditumis benar benar masak supaya rendang tahan lama. 2 Bila rendang telah agak agak kering kecilkan api dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak. 3 Rendang yang cantik dan tahan lama ialah apabila minyak telah keluar dari rendang itu. 4 Untuk membuang minyak yang berlebihan - kuakkan rendang ke arah ke luar kuali hingga membentuk bulatan dan biarkan minyak yang berlebihan bertakung di tengah tengah kuali. Bila telah sejuk ambil rendang ditepi tepi kuali tanpa mengusik minyak yang bertakung di tengahnya. 5 Jika menggunakan periuk PC set masa 20-30 minit untuk daging batang pinang dan daging biasa selama 30-40 minit. Proses mengering rendang akan menjadikan daging lebih lembut. 6 Jangan tutup rendang yang masih panas dengan dulang atau tutup periuk. Ini menyebabkan rendang cepat basi. Tutup kuali dengan tudung saji yang besar bulat. 7 Gunakan rempah2 yang masih baru dan disangai hingga wangi. Rempah rempah ini yang membuatkan rendang menjadi lebih sedap. Percayalah...jika rendang anda sedang menggelegak dan bau harumnya mula terhidu dan buatkan anda berasa lapar atau terasa nak makan maknanya rendang itu pasti sedap. Suaikan rasa masam, manis dan masin.
4/15/2023 Alhamdulillah hari ini kita telah berada pada hari ke 24 Ramadhan. Malam ini malam ke 25. Semoga kita terus istiqomah dalam beribadah tanpa mengira malam ganjil atau malam genap di malam malam akhir Ramadhan ini. Insya Allah jika kita ikhlas, kita pasti akan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah. Sebelum masuk bab resipi, saya sekadar ingin mencoretkan sekarang ini ramai betul wanita dan para lelaki yang membuat content masakan di socia media. Perkembangan yang bagus untuk mendekatkan anak anak muda dengan dapur dan masakan. Cuma saya yang dah kategori nenek nenek ini, memang tak akan mengikut resipi orang orang muda ni. Resipi yang dikongsi demi content. Saya dari dulu sejak dibangku sekolah memang peminat resipi, pencinta resipi dan pengumpul resipi. Saya buat blog dan video channel lebih 10 tahun dulu untuk berkongsi resipi. Bukan berkongsi untuk content. Saya masak dan share. Kalau ada yang nak tengok, silakan. Kalau ada yang nak ikut, silakan. Itu sahaja. Jadi saya ambil hanya resipi emak emak turun temurun atau resipi orang berniaga. Resipi tested lah dan yang boleh dipercayai. Insya Allah saya akan kekal dengan identiti dan cara saya sehingga satu masa saya bersara dari dunia blogging. OK setakat ini dahulu. Cadangan asal hanya untuk menyediakan ayam goreng garam kunyit sahaja sebagai lauk nasi lemak. Tapi terfikir pulak, kalau dibuat lauk berkuah, boleh dimakan dengan nasi putih. Itu yang tukar fikiran, ke rendang pedas ayam. Ini kiranya a keeper recipe untuk rendang pedas ayam. Untuk rendang ini, kita boleh membuatnya sedikit kering dengan dimasak dan kering lama lama. Sedap makan dengan lemang. Tapi hari ini, saya buat sedikit berkuah atau basah untuk dimakan dengan nasi lemak hijau. Nasi lemak yang dikisar daun pandan. Jom layan resepi yang gerenti jadi dengan sedap di bawah ini. Jangan lupa untuk menonton video Azie Kitchen youtube channel di SINI untuk cara penyediaannya. Selamat mencuba... Rendang Pedas Ayam My Signature Dish 50 gram kelapa parut - digoreng keperangan 1 helai daun kunyit - hiris 1 sudu kecil gula - opsyenal 1 inci kunyit hidup - 10 gram 2-3 biji bawang besar - 210 gram 5 biji bawang merah - 50 gram 3 sudu besar penuh cili - 130 gram Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan sekali sekala dikacau di bahagian dasar kuali untuk mengelakkan ayam hangit. Masak sehingga rendang kering yang disukai. Masukkan asam keping, gula dan garam secukup rasa. Jika ayam dikeluarkan dari peti ais, dimasak ayam terlebih dahulu sehingga air ayam kering sebelum dimasukkan bahan lain. Separuh dari bawang merah, boleh dihiris jika suka. Cara bonda mertua saya, semua bahan dihiris halus.
Bila berada di rumah, kita sebenarnya lagi sibuk dari waktu berada di pejabat. Macam macam urusan yang hendak dibuat. Waktu bekerja dulu, saya punya banyak masa untuk diri sendiri. Saya bertolak pukul pagi dari rumah. Tiba di pejabat, saya menpunyai sedikit masa untuk diri sendiri seperti update blog atau baca komen komen di facebook dsb. Waktu makan tengahari pula, orang lain akan berpusu pusu keluar makan atau keluar ronda ronda di. Jalan Tunku Abdul Rahman Jalan TAR. Tapi saya tidak pernah keluar makan tengahari. Dalam setahun, adalah beberapa kali keluar dengan Husband yang datang ambil saya. Selebihnya saya akan spend masa untuk diri sendiri. Melakukan apa apa aktiviti yang boleh merehatkan minda 1 jam ini kadang kadang saya guna untuk menulis di blog atau update status di instagram saya aziekitchen atau facebook page saya Azie Kitchen Blogger. Sejak dari mula mula bekerja pun, saya tidak keluar waktu makan tengahari. Kalau tak ada apa apa aktiviti di surau, saya akan tidur bila dah bersara, saya jadi sibuk sehingga kadang kadang nak lepak lepak untuk menonton drama Korea pun saya tak sempat. Saya mengambil nap beberapa minit waktu tengahari jika merasa terlalu mengantuk. Jika saya perlu edit video, lagi memakan masa. Saya edit hanya bila saya ada mood. Begitu juga dengan blog. Mesti ada mood baru boleh menulis. Bila dah masuk alam pekerjaan rutin tidak akan berhenti sehingga lah kita mencapai usia persaraan. Menyebut pasal alam pekerjaan, saya sangat bersyukur kerana Juita telah pun mula bekerja bermula 2 Februari 2021. Memulai hari pertama alam pekerjaan secara online kerana masih berada di dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sepatutnya berakhir 4 Februari dan kini disambung sehingga 18 Februari 2021. Manusia hanya mampu merancang, ingat dulu sebelum dia balik ke Malaysia, kami akan bercuti puas puas tanpa saya atau dia perlu mengambil cuti tahunan. Tapi tidak kesampaian kerana pandemik Covid 19 yang melanda dunia. Ingatkan juga nak bawa dia menbgerjakan umrah, pun tidak kesampaian. Memang boleh pergi selepas ini, tapi bagi mereka yang bekerja, pergi dengan mengambil cuti tahunan yang memang terhad. Walau bagaimana pun ini lah lumrahnya yang perlu dilalui seseorang dalam kehidupan ini. Fasa fasa yang akan ditempuhi oleh setiap insan sehinggalah ke akhirnya. Sedar sedar yang muda dah menjadi tua tanpa kita sedari dek kesibukan dengan rutin harian. OK sekarang kita masuk bab resepi. Hari ini saya ingin kongsikan rendang ayam kampung. Rendang pedas Perak versi Bonda Mertua saya. Nama pun rendang pedas, jadi kena ada rasa pedas, baru lah kick. Saya sediakan rendang ini untuk di makan dengan pulut kuning di SINI. Saya banyak kali menyediakan video di Azie Kitchen Youtube Channel bab penyediaan rendang ini. Bolehlah subscribe channel saya untuk melihat video saya yang tak seberapa. Saya sebenarnya seorang yang sangat pantas dalam apa jua tindakan. Pantas bergerak, pantas berfikir. Kadang kadang saya rasa, video ini agak memakan masa. Saya memang tak sabar untuk membuang banyak masa menonton video. Jika mencari resepi, saya lebih sukakan blog di mana saya boleh skip jika tak mahu baca dan terus masuk ke resepi. Itu saya lah. Tak pasti bagaimana dengan anda semua. Rasa macam masa yang sangat berharga, terbazir begitu sahaja. Untuk memasak rendang, saya lebih suka menggunakan santan segar kerana ia akan terbit minyak dengan cantik cuma kali ini tak pasti kerana ianya seperti pekat sangat. Tak pastilah kalau santan ada dicampurkan dengan tepung. Jom layan resepi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba... Rendang Pedas Ayam KampungBahan bahan1 ½ ekor ayam½ kg santan 4 sudu besar kelapa goreng - digoreng keperangan 2 keping asam keping2 helai daun kunyit - hiris½ sudu besar garam kasar atau secukup rasaBahan kisar2 inci halia - 25 gram1 ½ inci kunyit hidup - 10 gram4 biji bawang besar - 170 gram5 biji bawang merah - 50 gram4 batang serai5 sudu besar cili kering kisar Cara cara;Masukkan semua sekali ke dalam kuali dan masak sehingga rendang kering yang disukai. Masukkan asam keping dan garam. Jika suka, boleh masukkan sedikit gula. Masak sehingga kering yang kita daun kunyit dan kacau rata. Bolehlah tutup api.
9/29/2015 Harap masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang beragama Islam. Hari Raya kali ini agak mendukacitakan bila mendapat tahu pemergian ke Rahmatullah Ustaz Abdul Rasyid dari Tahfiz Ar Rasyid Sg Udang Kelang. Kematian pasti terjadi kepada semua makhluk yang bernyawa. Kita yang masih hidup, perlu menggunakan peluang yang ada untuk menambahkan amalan soleh sebelum kita menyesal. Bila menyentuh bab menyesal, saya ingin kongsikan bahawa saya memang tengah kemaruk hendak membeli handbag baru. Saya rasa amat menyesal kerana beberapa tahun dahulu, kawan saya Dr Mazlina mahu tolong membelikan handbag di Heathrow dengan harga RM6500 tetapi ketika itu, saya teragak agak. Beliau pula hampir berangkat balik. Masa tu, belum ada whatsApp, cuma berkomunikasi melalui email. Email pula bukan terus delivered, kena tunggu beberapa minit. Sekarang harganya telah melebihi dari RM15000. Jadi setiap kali teringat peristiwa ini, saya akan rasa sangat menyesal kerana tidak membeli bag tersebut ketika itu. Dalam masa yang sama, saya berkata sendirian, bagaimana pulak, jika selepas mati, menyesal selama lamanya kerana tidak membuat amalan soleh yang banyak ketika hidup di dunia? Bayangkan dengan urusan dunia pun saya boleh menyesal bertahun tahun. Sebelum kita menyesal, lebih baik kita mula berbuat sesuatu mulai sekarang. Berbalik kepada bab Aidil Adha, saya selalu mendengar ucapan yang mengatakan di Kelantan Hari Raya Adha yang meriah. Pada mulanya saya pun tak mengerti mengapa ianya dikatakan begitu. Adakah kerana ianya diberi cuti selama 2 hari bagi hari Raya Aidil Adha. Hanya setelah ada sedikit ilmu barulah saya faham yang bagi umat Islam seharusnya hari raya Aidil Adha yang disambut dengan meriah kerana adanya ibadah korban yang dibuat pada 10 hingga 13 Zulhijjah. Berkorban adalah ibadah sunat yang sangat dituntut kepada semua yang mampu untuk melakukannya setiap tahun sebgai tanda kesyukuran kepada Allah. Saya menyediakan Rendang Ayam ini untuk dimakan dipagi raya bersama dengan lemang yang hubby tempah. Bercakap pasal hidangan pagi raya, adalah diingatkan bahawa adalah sunat untuk kita tidak bersarapan sebelum mengerjakan solat sunat Hari Raya Aidil Adha berbeza dengan Hari raya Aidil Fitri di mana kita disunatkan makan terlebih dahulu. Berbalik pada rendang, sebenarnya memasak rendang ini sangat mudah dan cepat. Sesiapa pun boleh memasak rendang. Rendang adalah masakan baru pada saya kerana sejak kecil, kami tidak pernah memasak rendang. Setelah bekerja, berhijrah ke Kuala Lumpur dan berkahwin, barulah saya mengenali masakan rendang. Boleh sahaja jika ingin menggunakan bawang merah yang dihiris, tetapi saya tidak punya banyak masa kerana berkesempatan memasak hanya di malam raya. Badan pun telah kepenatan setelah seharian bekerja. Jadi semua bahan hanya dikisar sahaja. Kali ini saya meletakkan buah keras untuk menambah lemak seperti mana juga saya memasukkan buah keras dalam sambal tumis. Jom layan resepi mudah yang saya gunakan pada hari ini. Rendang Ayam Mudah dan Sedap 1 ekor ayam 1 kilo santan - guna 1 santan kotak 2 sudu besar kerisik 2 helai daun kunyit - dihiris halus Minyak untuk menumis Garam Gula/gula merah 20 tangkai cili kering - guna 4 sudu besar cili kisar 2 labu bawang besar 6-8 ulas bawang putih 2 inci kunyit hidup 4 batang serai 3 inci halia 3 inci lengkuas 2 biji buah keras Cara-cara Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru masukkan santan. Terus masak dengan api kecil sehingga pekat dan pecah minyak. Masukkan kerisik, garam, gula dan asam keping. Akhir sekali, masukkan daun kunyit dan bolehlah ditutup api. Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.
Selain rendang daging, rendang ayam juga merupakan juadah pilihan ketika Hari Raya. Enak dimakan bersama ketupat, lemang dan nasi impit. Di sini kami kongsikan beberapa resepi rendang ayam untuk anda cuba. Tak semestinya semasa Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha sahaja boleh makan rendang, bila-bila masa pun boleh! 1. Resepi Rendang Ayam Mudah dan Ringkas Bahan-bahan rendang ayam 1 ekor ayam 2 cawan santan 2 sudu kerisik 2 asam keping 1 helai daun kunyit diracik halus 3 helai daun limau purut dihiris kasar Minyak untuk menumis Garam dan gula secukup rasa Bahan kisar 20 biji cili kering 2 biji bawang besar 4 biji bawang merah 9 ulas bawang putih 4 batang serai 3 inci kunyit hidup 3 inci halia 3 inci lengkuas Cara buat rendang ayam Tumis bahan kisar hingga naik bau dan pecah minyak. Masukkan santan dan ayam. Gaul rata. Masukkan kerisik dan kacau rata. Masukkan garam dan gula. Bila kuah dah pekat, masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata dan siap. Sumber Zaky Mat Ali dari Masak Apa Hari Ni 2. Resepi Rendang Ayam Hancur Lembut Bahan-bahan rendang ayam 1 ekor ayam 3-4 labu bawang besar 5 ulas bawang putih 5 tangkai cili hidup merah + hijau 1 inci lengkuas 1 inci halia 1 inci kunyit hidup 2 batang serai 2 biji buah keras Rempah 3 beradik 2 senduk cili kisar Serbuk kari ayam 300g kerisik 1 cawan santan segar Gula kabung / nisan Garam, serbuk hilal Daun kunyit diracik halus Daun pandan Cara buat rendang ayam Kisar bawang besar, bawang putih, cili, lengkuas, halia, kunyit hidup, serai dan buah keras. Tumis rempah 3 beradik, daun pandan dan bahan kisar. Tumis sehingga bau wangi dan garing. Masukkan cili kisar dan rempah kari yang telah dicampur air. Tumis dalam api sederhana sehingga pecah minyak betul-betul. Perlahankan api. Masukkan kerisik, ayam dan santan. Masak sehingga kuah pekat. Api kena perlahan. Masukkan garam, gula kabung dan serbuk perasa. Bila kuah sudah pekat, padam kan api dan tabur daun kunyit. Nota Jika tidak suka ayam hancur, boleh goreng ayam terlebih dahulu separa masak. Sumber Fatyn Zamry dari Masak Apa Hari Ni Bahan-bahan rendang ayam 1 ekor ayam 8 batang serai* 5 biji bawang besar* 3 biji bawang putih* 1 inci halia* 1 inci lengkuas* 4 sudu cili kisar 2 asam keping 5 sudu kerisik 500g santan 2 sudu rempah kari ayam 1 sudu serbuk jintan manis 1/2 sudu serbuk kunyit 4 helai daun kunyit 2 tangkai daun limau 1 batang kulit kayu manis 1 kuntum bunga lawang Garam, gula dan serbuk perasa Cara buat rendang ayam Kisar halus bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bahan kisar dan cili kisar. Biarkan seketika, masak dengan api perlahan. Masukkan serbuk kari, serbuk jintan manis, serbuk kunyit dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Tambahkan secawan air. Tumis hingga pecah minyak dan sedikit kering. Masukkan daun limau dan kerisik. Masukkan ayam dan asam keping. Biarkan dalam 5 minit dan terus masukkan santan. Setelah masak, taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus. Kaup balik dengan perlahan dan biarkan dalam 3 minit. Siap. Sumber Senz Ahmad dari Masak Apa Hari Ni Akhir kata Sekian perkongsian resepi rendang ayam dari kami. Untuk lauk-lauk ayam yang lain, jemput tengok resepi ayam masak merah yang sesuai digandingkan dengan nasi tomato. Kalau tekak mahu rasa makanan Thailand, bolehlah cuba resepi paprik ayam. Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian kami ini. Selamat mencuba!
resepi rendang ayam sedap azie kitchen